Ahad, 24 Januari 2010

SULTAN ALAM AL AKBAR AL TSANI ( SULTAN DEMAK KE 2 )

  Didalam saya mencari nasab keturunan saya, saya banyak menbuat kajian di PULAU BESAR, GUNONG LEDANG dan TANJUNG TUAN malah sampai ke KOTA TINGGI ,JOHOR. Disamping mencari keturunan saya, saya juga mencari keturunan isteri saya. Setahu ,saya isteri saya berketurunan JAWA, dan Moyang nya , punya Moyang bernama TOK BULANG. Saya banyak membuat temuramah kepada orang tua tua dari keturunan isteri saya, dan saya dapat satu lagi rahsia, yang di simpan dari keturunan ke keturunan iaitu nama sebenar Tok Bulang dan dari mana asal Tok Bulang..Nasab isteri saya ialah : Raden Saripah Normala binti Raden Osman bin Raden Baba bin Raden Kalong bin Raden Mat Udin bin Raden Lohor bin Raden  Mohamad Bulang bin Raden Aria Mohyidin bin Raden Aria  Nasharudin bin Raden Aria Darmawangsa bin Raden Aria Putra / Raden Abdullah bin Raden  Abdul Qadir /Pati Unus / Sultan Al Akbar Al Tsani. bin Raden Mohamad Yunus bin Syeikh Kaliqul Idrus bin Syeikh Mohamad Al Assiy bin Syeikh Abdul Muhyi Al Khairi bin Syeikh Mohamad Akbar Al Ansari bin Syeikh Abdul Wahab bin Syeikh Yusof  Mukrowi  bin Syeikh Al Imam Faqih Al Muqaddam bin Al Imam Sayyid Ali bin Al Imam Mohamad bin Al Imam Mohamad Shadid Mirbat bin  Al Imam Sayyid Ali Kholal Ghossam bin Al Imam Sayyid Alwi bin Al Imam Sayyid Mohamad bin Al Imam Sayyid Alwi bin Al Imam Sayyid Ubaidillah Abdullah bin Al Imam Sayyid Mohamad Al Muhanjir bin Al Imam Sayyid Mohamad Isa Al Shakar bin Al Imam Sayyid Muhamad Nasir bin Al Imam Sayyid Ali Yusof bin Al Imam Sayyid Jaafar As Siddiq bin Al Imam Sayyid Mohamad Al Bashir bin Imam Sayyid Ali Zainal Abidin bin Al Imam  Al Syahid Sayyidina Husin bin Al Imam Al Khalifah Mukminin Sayyidina Ali KAW + Sayyidatina Siti Fatimah Azzahra binti Rasulullah Muhamad SAW.

                                       PATI UNUS (1480-1521)

    Nama asal Pati Unus ialah Syeikh Abdul Qadir. Bapa nya ialah Raden Mohamad Yunus, putra seorang Mubaligh Islam yang datang ke Tanah Jawa ,iaitu Syeikh Kaliqul Al Idruss.Nasab Syeikh ini terus ke AL IMAM AL FAQIH MUQADDAM, dan terus ke AL SYAHID AL IMAM HUSIN R.A..Pati Unus lahir pada tahun 1480 masihi. Syeikh Kaliqul Idrus sampai di Jepara pada tahun 1400 masihi dan berkahwin dengan Syarifah Siti Aisyah binti  Maulana Saiyid Husin Jamadil Kubra. Syarifah Siti Zainab  atau Nyai Dewi Endang Sasmitra Puri iaitu, adik perempuan Sunan Ampel dan Maulana Ishaq. pula berkawin dengan Sultan Abdullah bin Sayyid Ali Nurul Alam.  Anak perempuan Maulana Saiyid Jamadil Kubra  yang bernama Syarifah Siti Aisyah yang  di kawinkan dengan Syeikh Kaliqul Idrus,melahirkan Raden Muhamad Yunus,melahir kan Raden Abdul Qadir atau Pati Unus..Sultan Abdullah atau Wan Bo Teri Teri dan Syarifah Siti Zainab,melahirkan Pengeran Jimbun atau Raden Patah. Pada perkhawinan pertama Syarifah Siti Zainab. lahir Raden Fatah,pada perkhawinan ke 2,Syarifah Siti Zainab dengan Sultan Abdullah Palembang atau Raden Ario Damar,lahir lah Raden Husin.Ini bermakna Pati Unus ada hubungan keluarga dengan Raden Patah.Setelah dewasa Pati Unus menjadi Adipati Jepara, mengantikan bapa nya. Raden Patah mengawin kan Pati Unus dengan anak nya yang bernama Puteri Ratu Mas Nyawa atau Puteri Ratno Gumilah Sari ,yang nama terkenal nya di Malaysia dengan nama Puteri Gunong Ledang. Dari perkahwinan ini lahir lah 2 putera iaitu Raden Abu Bakar dan Raden Abu Syahid/ Barakat. Kedua putera ini SYAHID di Pengairan Pulau Besar pada tahun 1521 masihi.Pati Unus berkawin pula untuk kali ke 2 dengan Puteri Ratu Ayu binti Syarif Hidayatullah (SUNAN GUNONG JATI ), dari perkawinan ini Pati Unus tidak memperolihi anak.
     Pada tahun 1511 masihi, Melaka jatuh ke tangan Penjajah Portugis , di masa itu Demak diperitah olih Sultan Ali Akbar Al Fatah. Disebabkan Melaka sebagai Pusat Penyebaran Islam terkemuka selepas Pasai, kerajaan sahabat seperti Demak, Palembang, Inderagiri dan Jambi bergabung menghantar Armada Perang menyerang Melaka pada tahun 1513 masihi, tapi gagal.. Serangan Armada Demak di ketuai olih Pati Unus, markas operasi Armada Perang Demak ini di dirikan di Pulau Besar. Puteri Ratu Mas Nyawa telah ada awal di Pulau Besar kerana menuntut ilmu agama dari Maulana Ishaq dan Syeikh Sultan Ariffin Saiyid Ismail. Maulana Ishaq lah yang bergelar 'WALI LANANG' bukan Saiyid Ismail. Maulana Ishaq lah yang menjadi guru kepada Sunan Giri (anak nya ),Sunan Kalijaga (menantu nya ) , Syeikh Sutabris (Syeikh Siti Jenar ) dan juga Sultan Mahmud (Sultan Melaka). Dan di sini juga ( Pulau Besar ), Sultan Mahmud jatuh hati dengan Puteri Ratu Mas Nyawa yang juga seorang penuntut ilmu agama. Ini lah sebab nya Puteri Ratu Mas Nyawa menolak peminangan itu kerana puteri itu masih menjadi isteri kepada Pati Unus. Atas nasihat Maulana Ishaq dan para guru di Pulau Besar, maka di cipta nya SYARAT HANTARAN PEMINANGAN, yang tidak masuk akal.Semua guru guru di Pulau Besar tidak menyukai perangai Sultan yang zalim terhadap rakyat Melaka.  
      Pada serangan tahun 1513 masihi ini , Armada Demak gagal untuk mengalahkan Portugis Melaka. Armada Demak pulang ke Demak, Pati Unus tinggal sementara di Pulau Besar di atas nasihat Syeikh Sultan Ariffin Saiyid Ismail, yang telah mengantikan bapa mentuanya sebagai Ketua Ulama di Pesantren Pulau Besar. Syeikh Sultan Ariffin Saiyid Ismail  berbincang strategik  untuk melancarkan serangan ke Portugis Melaka. Selain ulama, Syeikh Ismail adalah Panglima Perang yang bergelar Panglima Hitam semasa Portugis menyerang Melaka pada tahun 1509 masihi dan Portugis gagal dalam usaha menakluk Melaka. Para ulama menyarankan  agar jumlah kapal dan tentera lebih ramai di kerah ke Melaka. Selain itu Pati Unus berkawin lagi menjadikan 3 orang semuanya isteri nya , isteri ke 3 nya ialah Syarifah Siti Zubaidah  iaitu anak kepada Syeikh Ismail  sendiri.Kesemua isteri isteri Pati Unus ada lah   keluarga terdekat. TIDAK LAH BENAR BLOGGER INDONESIA mengatakan Pati Unus ada SELIR. mana mungkin anak seorang Ulama menjadi SELIR.Saya tekan kan disini bahawa PATI UNUS dari AL IDRUS dan SYARIFAH SITI ZUBAIDAH dari AL JAILANI..PUTERI MAS NYAWA dari AL  AZMATKHAN  dan PUTERI MAS AYU dari  AL AZMATKHAN  juga.
     Saya mohon jasa baik para AHLI SEJARAH dan BLOGGER di INDONESIA, mengubah sedikit tulisan dari SELIR kepada ISTERI KE 3 , Pati Unus dan RADEN ABDULLAH bin PATI UNUS anak dari AS SYAHID SYARIFAH SITI ZUBAIDAH yang di lari kan ke Banten olih RADEN HIDAYAT. Raden Hidayat ini ialah nama sebenar nya , Saiyid Hidayat atau Maulana Saiyid Fadillah Khan Al Pasi bin Saiyid Samsuri  Atau Saiyid Ibrahim Patakan Ismail bin Saiyid Ahmad Shah Ismail   bin Saiyid  Ali Barkat Nurul Alam  bin Saiyid Husin Jamadil Kubra. Raden Hidayat ini ialah sepupu kepada AS SYAHID Syarifah Siti Zubaidah juga Sepupu kepada Pati Unus.. Ibu kedua mereka ialah adik beradik iaitu anak kepada Maulana Ishaq bin Saiyid Ibrahim Asmoro yang terkenal  sebagai WALI LANANG. Dan Raden Abdullah bin Pati Unus adalah keponakan kepada Raden Hidayat, semasa di lari kan ke Banten, Raden Abdullah berumur 8 tahun.
       Pada tahun 1518 masihi setelah persiapan di atur dengan rapi, berita kemangkatan Sultan Demak tidak melemahkan semangat Tentera  Demak, Para wali melantik PATI UNUS sebagai Sultan Demak yang ke 2, bergelar SULTAN ALAM AKBAR AT TSANI. Para Wali mendapat wasiat dari Sultan Demak 1, supaya melantik menantu nya menjadi Sultan..Menurut cerita dari mulut nenek saya, Raden Patah tidak mempunyai anak lelaki, walau satu orang pun. Kalau kita melihat  dari peristiwa perlantikan Pati Unus, menantu dan anak saudara Raden Patah, cerita mulut nenek saya ada kebenaran nya. Sudah menjadi kelaziman dari zaman berzaman, raja raja yang mangkat diganti olih Putera nya sendiri. Tetapi dalam kes perlantikan Pati Unus sebagai Sultan Demak ke 2, seolah olah ada satu misteri yang belum terjawap lagi dan menjadi tanggung jawap kita untuk merungkai RAHSIA nya. Kalau mengikut cerita lisan nenek saya, Raden Patah tiada anak lelaki, dan anak anak Raden Husin lah yang mendominan Jawatan Sultan Demak.Selepas Pati Unus SYAHID di Melaka, Jawatan Sultan menjadi rebutan 3 orang anak angkat , yang juga anak saudara Raden Patah iaitu Raden Tranggono, Raden Kikin dan Raden Yunus. Raden Kikin terbunoh, dibunoh olih Raden Prowoto, iaitu anak kepada Raden Tranggono, dan Raden Tranggono menjadi Sultan bergelar Sultan Tranggono.Raden Yunus lari ke Palembang dan menjadi Sultan Palembang, mengantikan ayah mereka Raden Husin dan menukar nama menjadi KIAI GEDE ING SURO. Dari cerita nenek saya juga, Raden Abdullah bin Pati Unus , anak kepada Al SYAHID Siti Zubaidah, tidak di bawa ke Demak tetapi ke Banten. Kalau kita teliti sejarah nya, memang ada kebenaran , cerita nenek saya ini.!!! Kalau memang betul Raden Abdullah, anak Puteri Ratu Mas Nyawa, kenapa beliau tidak di lantik menjadi Sultan Demak ???? Tidak kah beliau PEWARIS yang paling shahih sekali,beliau anak kepada Sultan Demak 2 dan Ibunda nya ,Puteri dari Sultan Demak 1 dan juga Pewaris kerajaan terkenal iaitu Kerajaan Majapahit yang terkenal itu !!! Kalau lah umur yang menjadi ukuran, seorang Sultan Banten iaitu Sultan Mohamad dilantik menjadi Sultan  semasa berumur 10 tahun, dan Patih Sura Menggala menjadi Penasihat Sultan di samping Patih itu ialah bapa tiri nya..Hal ini berlaku pada Raden Abdullah yang pada masa itu berumur 9 tahun (1521). Ini lah satu rahsia yang tersirat yang belum terungkai olih pakar pakar sejarah khusus nya di JAWA. Pendapat saya senang sahaja, Saya berpegang kepada cerita nenek saya kerana, apabila saya kaji sejarah Kesultanan Demak yang sangat pendek, dan kenapa Puteri Ratu Mas Nyawa lari ke Melaka, membawa diri jauh dari kemelut yang membinggung kan dan  tinggal di hutan Gunung Ledang, bermakna cerita nenek saya ada benar nya.Ini lah satu rahsia lagi yang di simpan olih nenek moyang saya dari zaman berzaman. Rahsia ini di simpan baik baik  supaya tidak menjadi bahaya kepada anak cucu  keturunan  Pati Unus.Rahsia ini disimpan kukuh dari diketahui olih PENJAJAH samada Portugis, Belanda atau Inggeris. Raden Abdullah di besar kan olih Maulana Fadillah Khan dan juga Sunan Gunong Jati,yang juga Datuk Saudara  nya.
      Pada tahun 1521 masihi, dengan kekuatan 375 kapal perang pelbagai jenis yang di bina olih pakar pakar perkapalan di Gowa , Sulawesi. Armada Laut Demak bergabung dengan Armada Laut Jambi,Palembang, Johor, Acheh, Banten , Ternate dan Johor mengepung Melaka dan terjadi lah pertempuran yang maha dahsyat yang diketuai olih SultanDemak sendiri menjadi Panglima Perang yang bergelar Senopati Sarjawala. Di cerita kan pada saya Armada ini mengepong Melaka selama 7 bulan, sahingga Tentera Portugis tiada makanan dan makan apa yang ada seperti tikus,katak dan lipas. Malang seribu kali malang !!! Portugis yang hampir kebuluran itu di tolong olih orang orang PAHANG dan SIAK yang kianat.!!! Setelah Pati Unus mendapat tahu tentang pengkhianatan dari Pahang itu, beliau memerintahkan Serangan Darat di buat segera dan semua kapal menyerang Kota Melaka. Dalam seranggan darat itu, pasukan meriam Portugis, telah menembak bertalu talu, dan kapal yang di naiki olih Panglima Perang ini terkena peluru meriam Portugis. Pati Unus yang gagah berani, serta isteri ke 3, dan juga 2 orang anak nya, cedera parah. Panglima Perang di ambil alih Fadullah Khan atau Tubagus Pasai atau nama terkanal di Melaka ialah LAKSAMANA  KHOJA HASAN. Fadillah Khan memerintahkan keempat beranak yang cedera parah ini di bawa balik ke Markas Gerakan iaitu di Pulau Besar.Isteri Pati Unus dan 2 orang anak nya SYAHID dalam perjalanan ke Pulau Besar dan Pati Unus sempat sampai di Pulau Besar, dan di masa itu di iringi olih isteri pertama nya Puteri Ratu Mas Nyawa. Beliau sempat mewasiat kan supaya menyelamat kan Raden Abdullah, iaitu satu satu nya anak beliau yang tinggal yang pada masa itu berumur 8 tahun. Dan SYAHID diatas pangkuan isteri pertama nya, di satu tempat bernama Batu Lesong.Tempat ini memang Keras,pernah beberapa orang remaja yan tidak percaya nasihat orang tua tua,membuat Kurang Ajar di sini telah terkorban lemas.Mereka kencing dan minum arak di situ,dan dalam masa singkat,air laut pasang dan mereka tengelam lemas.Tempat ini hanya bolih di lawati pada masa air lau Timpas betul.Saya sendiri pun hanya dapat pergi pada jarak 10 kaki sahaja.Sunguh pun bagitu,saya dapat melihat Batu Lesong ini secara dekat.Empat orang daripada anak saya dapat sampai dan naik ke Batu Lesong ini.Sangat jarang orang yang bolih sampai ke Batu Lesong ini.Jika anda tidak di kehendaki,jangan lah pergi ke Batu Lesong ini hanya orang yang berniat baik seperti ingin berkhalwat atau melawat sahaja dapat sampai ke Batu Lesong ini.
  Raden Abdullah di bawa lari olih Saiyid Hidayat bin Saiyid Samsuri ke Pagar Ruyung, Jambi ,Palembang dan terus  ke Banten.Pada mula nya Raden Abdullah hendak dilantik menjadi Sultan, tetapi perebutan jawatan Sultan Demak telah berlaku di antara Raden Tranggono dan Raden Kikin yang menyebabkan terbunoh nya Raden Kikin dan di gelar Pengeran Kekar Sedo Lepen.Para keluarga Raden Abdullah menghantar ke Banten untuk di besarkan.



                                        TABIB RADIN SARIPAH NORMALA.

Tabib Radin Saripah Normala dilahirkan di Paya Luboh, Tangga Batu pada hari Selasa 30 Julai 1962. Bapanya bernama Raden Osman Bin Raden Baba. Ibunya bernama Saripah Bidah Binti Syeikh Ahmad Said. Semasa berusia 7 bulan, beliau telah dipelihara oleh nenek saudaranya disebelah bapanya iaitu Raden Maimunah Binti Raden Kalong. Radin Maimunah sememangnya tidak mempunyai anak perempuan, beliau hanya mempunyai seorang anak lelaki iaitu Raden Mohamad Shah. Nama yang diberi oleh nenek saudaranya (Nenek Maimunah) ialah Normala. Pada tahun 1969 beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tangga Batu. Raden Maimunah seorang perempuan yang mempunyai banyak harta (tanah), dan kaya. Harta ini diwarisi daripada bapanya iaitu Raden Kalong. Semasa beliau menjaga Radin Saripah, beliau adalah berstatus balu. Suami Raden Maimunah bernama Bachik. Keluarga Raden Bachik dan keluarga Raden Maimunah banyak berada di Solok Tangga Batu, Paya Lubuh, Seberang Gajah dan Kampung Gelam malah di Pantai Puteri.
Pada tahun 1971 Raden Saripah Normala  telah di bawa ke Bentong, Pahang. Raden Maimunah telah menjual hartanya di Paya Lubuh dan Solok Tangga Batu dan beliau telah membeli sebidang tanah di Kampung Lebu Bentong, Pahang. Raden Saripah Normala telah menyambung persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Lebu daripada darjah 3 pada tahun 1971. Di Kampung Lebu sememangnya ada seorang adik sepupu Raden Maimunah, adik sepupunya bernama Haji Hasan B. Abdul Kadir. Haji Hasan bekerja sebagai anggota polis Bentong. Beliau membeli kebun dan meneroka hutan di Kampung Lebu. Emak Haji Hasan adalah ibu saudara Raden Maimunah iaitu adik Raden Kalong. Ibu saudaranya ini bernama Raden Alimah.
Haji Hasan tidak mempunyai anak, sebab itulah beliau turut menjaga Raden Saripah Normala, semasa berada di Bentong. Raden Saripah Normala pernah bercerita kepadaku kehidupannya di Bentong sukar. Memang neneknya sudah tua dan hanya boleh melakukan kerja yang ringan-ringan sahaja seperti menganyam tikar dan mengurut orang dan mengubat orang.  Sebab itulah ketabahan hati nya  menghadapi kesusahan jauh berbeza sangat saya kagumi. Beliau, seorang wanita yang banyak mendorong dan memberi perangsang serta mencetuskan idea-idea yang bernas kepada saya.
Raden Saripah Normala bersekolah hingga tingkatan 3 di Sekolah Menengah Lurah Bilut. Beliau juga melakukan kerja sampingan sebagai seorang pelayan kedai makan pada sebelah malam, sama seperti saya. Sebab itulah beliau berani, sementelah beliau juga belajar silat daripada ‘Aki Jantan’ dan tamat, tetapi daripada hal perubatan tadisional beliau tidak berminat. Mungkin minat ini timbul setelah beliau selalu menjadi pembantu saya dan membuatkan beliau tertarik dan berminat untuk mengubati orang. Setelah tamat belajar beliau bekerja kontrak di ladang kelapa sawit. Di Bentong keseluruhan kawasan samaada hutan, ladang sawit dan ladang getah. Di Bentong juga masa itu adalah kawasan hitam, disana banyak terdapat komunis dan komunis telah menyerah kalah semasa aku berkhidmat di Bentong pada tahun 1989. Pada tahun 1979, Raden Saripah telah pergi ke Kuantan, Pahang dan bekerja sebagai pembantu rumah, beliau telah bekerja di rumah Zainal bin Haji Hasan (anak saudara dan anak angkat). Zainal dan Jariah adalah anak angkat dan anak saudara kepada Haji Hasan. Isteri pertama Haji Hasan ialah Hajah Bedah dan mempunyai seorang anak lelaki iaitu Abang Hashim dan tinggal di Rancangan Tanah Pemuda Cermas berkahwin dengan Kak Faridah orang Felda Lurah Bilut.
 Pada tahun 1979, Nenek Raden Maimunah hilang, satu kampung penduduk Kampung Lebu mencari termasuk polis dan tentera, tidak menjumpai nya.. Sehingga ke hari ini Nenek Raden Maimunah Binti Raden Kalong hilang tidak tahu kemana, samaada hidup atau telah meningal dunia..
Pada awal tahun 1980 Haji Hasan menghantar Raden Saripah Normala ke Tangga Batu. Di Tangga Batu Raden Saripah Normala bekerja di Melaka Tread sebagai operator pengeluaran pada bulan April 1980, saya  pulang bercuti ke Melaka. Semasa berjalan di rumah ibu saudara saya. Jodoh pertemuan di tangan Allah.Kami di kawin setelah keluarga saya dan keluarga beliau berbincang.  Kami berkahwin pada 18 Ogos 1980. Semasa saya  di Bentong Haji Hasan berkahwin lagi dengan Hajah Asiah binti Haji Ismail. 
Kisah kehidupan Raden Saripah selepas tarikh 18 Ogos 1980, beliau bersama suaminya masa itu Syeikh Mohamad Din Al Jailani Al Hasani  di Johor Bahru, Johor.
Kami hidup bersama melalui kisah suka dan duka dan bahgia hingga ke hari ini .....SEMUGA JODOH KAMI BERPANJANGAN HINGGA KE ANAK CUCU !!!!!!......



                             NENEK MOYANG TABIB RADIN SARIPAH NORMALA
 
                                   
                                           SAIYID ALI NURUL ALAM (1360-1467)

Saiyid Ali Nurul Alam saudara kandung Saiyid Ibrahim Asmoro. Bapa mereka ialah Saiyid Husin Jamadil Kubra. Cuma ibu yang berlainan, ibu Saiyid Nurul Alam ialah Puteri Selindung Bulan (Puteri Syahira) anak kepada Sultan Baki Syah, sultan negeri Campa. Beliau dilahirkan pada 1366M, di Campa. Beliau dikenali dengan pelbagai nama seperti yang saya terangkan sebelum ini. Anak-anak mereka juga telah ku ceritakan di muka surat sebelum ini.
Saiyid Ali Nurul Alam banyak gelaran dan nama iaitu Sultan Qunbul,Ali Siam,Ali Nurudin,Ali Nurudin Siam dan Patih Aria Gajah Mada...Bukan Patih Gajah Mada,Patih ini berugama Hindu dan hidup jauh dari masa kehidupan Patih Aria Gajah Mada.Anak nya seorang iaitu Sultan Abdullah atau Wan Bo atau Wan Bo Teri Teri berkawin dengan Syarifah Siti Zainab atau Nyai Dewi Endang Sasmitra Puri binti Prabu Brawijaya Seri Kerta Bhumi ,(1387-1507)melahir kan Raden Fatah(1402-1518)
            Ini juga bermakna antara saya  dan isteri saya  bertemu nasab sejak daripada generasi pertama dan kedua lagi. Hal ini tidaklah menghairankan tradisi keturunan Arab memang begitu. Saiyid Ali Nurul Alam melahir kan banyak keturunan para ulamak Asia  Tenggara .Seorang adik perempuan berlainan ibu iaitu Syarifah Siti Aisyah berkawin dengan Syeikh Khaliqul Idrus melahirkan Pengeran Mohamad Yunus berkawin pula dengan Syarifah Siti Zainab binti Maulana Sayyid Ibrahim Asmoro/Al Hadrami, dan melahirkan Pengeran Seberang Lor/Pati Unus      ( Raden Abdul Qadir). Saiyid Ali Nurul Alam wafat pada tahun 1467M. Makam beliau berada di Kampung Garak Ruwain, Binjal Limo, Petani.
                        
                   
                                     SULTAN SAIYID ABDULLAH (1386-1478)
           
       Sultan Abdullah juga dikenali dengan nama Sultan Umdatudin atau Wan Abu atau  Wan Bo Teri Teri atau Maulana Abu Israel atau Sultan Hud  di Jawa Barat pula dikenali dengan nama Patih Gutawa. Patih kerajaan Medang Kara atau Ceribon. Beliau dilahirkan kira-kira pada tahun 1386M di Petani (Campa). Semasa beliau berusia 8 tahun beliau telah dibawa ke Jawa oleh datuknya Saiyid Husin Jamadil Kubra berserta rombongan pendakwah dari Pasai dan Campa. Beliau telah dididik oleh saudara sepupunya iaitu Sunnan Ampel. Setelah dewasa beliau telah dihantar berdakwah ke Pejajaran bersama sepupunya iaitu Maulana Ishak. Beliau telah berkhidmat sebagai Senopati Medang Kara, Prabu Medang Kara, pada masa itu ialah PRABU BRAMA KUMBARA atau Raden Walang Sungsang atau Pengiran Cakra Buana. Kerajaan Medang Kara menjadi ‘Ceruban Larang’ dan menjadi Ceribon pada tahun 1479M. Bapa Prabu Brama Kumbara ialah Prabu Sili Wangi atau Raden Pamanah Rasa. Semasa menjadi Patih Medang Kara, Patih Gutawa atau Saiyid Abu Abdullah berdakwah kepada Prabu Brama Kumbara. Prabu Brama Kumbara memeluk Islam bersama-sama kaum kerabatnya dan juga adiknya iaitu Dewi Lara Santang atau Nyai Dewi Mantili. Nama Islam Prabu ialah Sultan Abdullah Iman dan Nyai Dewi Lara Santang bernama Saripah Madaim. Setelah wafatnya Saiyid Ali Nurul Alam (Sultan Qumbul), Saiyid Abu Abdullah di panggil balik ke Campa untuk mengantikan tempat ayahandanya untuk menjadi Sultan Campa. Sebelum balik ke Campa Sultan Abdullah Iman telah berkahwin dengan Puteri Saripah Madaim. Daripada perkahwinan mereka ini dikurniakan 2 orang cahayamata yang diketahui sahaja iaitu:
a.      Syarif Hidayatullah (Sunan Gunung Jati)(1448-1569)
b.      Sultan Babullah  - Sultan Ternate (1570-1583)

Perkhawinan Sultan Abdullah dan  Syarifah Siti  Zainab binti Sayyid Yusof Al Patani,melahirkan
1.      Maulana Abdul Muzafar  (1470 -1552)

Perkhawinan Pertama Sultan Abdullah dan Nyai Dewi Endang Sasmitra Puri atau Puteri Siti Zainab binti Prabu Brawijaya Seri Kerta Bhumi..melahirkan 

1.Raden Fatah atau Sultan Ali Alam Akbar Al Fatahillah.

Sultan Abu Abdullah juga bergelar Sultan Hud. Sultan Abu Abdullah atau Sultan Hud lah dikatakan Raja Mesir, bapa kepada Sunan Gunung Jati. Sebenarnya bukan Raja Mesir tetapi Raja Kerajaan Campa (Petani, Campa dan Kelantan) atau Empayar Majapahit II yang berpusat di Chermin, Jeddah .Empayar Chermin Jeddah (Majapahit II (Daratan)) dan Kerajaan Samudera Pasai (sebelum Acheh Besar), menjadi pusat-pusat gerakkan penyebaran agama Islam sebelum di ambil alih oleh Melaka. Empayar Majapahit terbahagi kepada 2 pada kurun 13 masihi, Majapahit Kepulauan (Jawa) dipanggil Majapahit I dan Empayar Majapahit (Daratan) (Pasai,Petani,Kelantan dan Campa) dikenali sebagai Empayar Majapahit II. Pada zaman Pemerintahan Ratu Suhita (1429-1447 M),Majapahit di bahagi 2 bahagian.Majapahit 1 di perintah olih Ratu Suhita.Majapahit 2 di perintah olih Prabu Kemas Jiwa bekas suami Ratu Suhita. Beliau masuk Islam dan di gelar Sultan Muzaffar Syah.Pusat Kerajaan nya ialah di Cermin Jiddah.Anak perempuan kedua Raja ini ialah Raden Galoh Cindera Kirana dan menjadi Pemaisuri Sultan Mansur Syah,Melaka.Betara Majapahit 2 mengurniakan Inderagiri,Palembang ,Terangganu dan Palembang kepada Sultan Melaka.Aru,Siak dan Rokan tidak masuk bernaung di bawah Melaka, lalu Tun Perak menyerang negeri itu.Perak pula bernaung pada setahun lewat.Empayar  Melaka sebenar nya dari Pecahan Empayar Majabat Besar.Dari Riau ke seluroh Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu di bawah Kerajaan Melayu Melaka.Sebab itu lah Patih Aria Gajah Mada yang di jumpai olih Laksamana Hang Tuah ialah Maulana Sayyid Ali Nurul Alam bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra.Sayyid Ali Nurul Alam juga Panglima Agung Tentera Champa sebelum menjadi Sultan,bergelar Sultan Qunbul.
Sultan Abu Abdullah wafat pada tahun 1478M penganti Sultan Campa ialah Wan Husin Bin Wan Abdul Qadir, anak saudara Sultan Abu Abdullah dan digelar di Campa sebagai Kou Lai. Makam nya berada di kampong Garak Rawain,Petani.Orang yang menjumpai nya ialah Almarhum UstazHaji Wan Shagir Al Patani.


 MAULANA ABDUL MUZAFFAR AHMAD atau TEMENGGONG MERAH MATO (1512-1602)

Nama asal beliau ialah Sharif Ahmad Muzaffar. Bapa beliau ialah Pengeran Syarif Umdatudin Husin atau Pengeran Pasarean bin Syarif Hidayatullah.Datuk beliau ialah  Panglima Perang Kerajaan Demak dan juga pengasas Kesultanan Banten dan Ceribon. Bapa saudara beliau yang satu lagi ialah Sultan Babullah, Sultan Tarnate, Sulawesi. Tidak menghairankanlah mengapa Sultan Babullah menjadi Sultan Tarnate, ini disebabkan oleh moyang beliau adalah pendakwah di Sulawesi. Moyang beliau adalah Saiyid Husin Jamadil Kubra, orang yang telah mengislamkan Raja Luwok, Lamdu Salat.
Seorang lagi bapa  saudara beliau ,ialah Maulana Sayyid  Abdul Muzaffar Ahmad  atau Sultan Hud, Sultan Campa (1471-1478). Beliau dilahirkan pada tahun 1512 M. Pada tahun 1500, Maulana Muzaffar Ahmad bin Sultan Abdullah , dihantar ke Pulau Sumatera untuk berdakwah. Tempat yang dituju ialah ke Siak, Inderagiri, Pagar Ruyung ,Jambi serta Palembang.Maulana Muzaffar Ahmad lah yang berkhawin dengan Puteri Mayang Seludang.
Maulana Abdul Muzaffar berkahwin dengan seorang Puteri Kerajaan Pagar Ruyung dan dilantik ulama di Kerajaan Pagar Ruyung ..  Dan seterus nya menjadi Pemerintah,menganti kan isteri nya iaitu Puteri Mayang Seludang..Daripada beliau lahirlah Pengeran  Nasharudin Yunus.
Daripada beliau lah  iaitu Temenggung Merah Mato,terbit nya cerita Sepasang Angsa untuk membuat negeri.Beliau ialah Bapa Mentua Sayyid Ahmad Khamil Al Jilani atau Panglima Daek atau Datuk Kayo Hitam. Isteri Sayyid Ahmad Khamil ialah Syarifah Siti Tolkiah Ratu Demang atau di kenali sebagai Puteri Mayang Mengurai.Dari mereka berdua maka Lahir lah "JAMBI".
 Pada tahun 1552M Maulana Abdul Muzaffar wafat di Patani. Kemungkinan pada masa itu serangan dari Kerajaan Ayuthaya ke Campa, Maulana Abdul Muzaffar Ahmad dari Jambi datang membantu Campa. Sultan Campa pada masa itu ialah Wan Abu Yusof yang bergelar Chai Yap Po Yan.

CATATAN :

Maulana Muzaffar Ahmad sebenarnya ada 2 orang.
1.Maulana Syarif Muzaffar Ahmad bin Sultan Abdullah( 1470-1552)
2.Maulana Syarif Muzaffar Ahmad bin Syarif Umdatudin Husin bin Syarif Hidayahtullah/Sunan Gunong Jati  atau Temenggung Merah Mato (1512-1603). Yang nombor 1 itu ialah adek Sunan Gunong Jati dan yang nombor 2 itu cucu kepada Sunan Gunong Jati.Yang nonbor 2 lebih di kenali dengan nama "Temenggung Merah Mato".Beliau lah yang terlibat dalam mencari negeri baru.Beliau lah yang memerintah kan anak dan menantu nya iaitu Puteri Mayang Mengurai atau Syarifah Siti  Tolkiah dan Sayyid Ahmad Khamil atau Tok Kayo Hitam atau Panglima Daik, mencari negeri baru.
Kadang kala saya terkeliru dalam menulis kisah mereka...Maaf kan saya !!!.


               
                                     PENGERAN ARIA NASHARUDIN YUNUS (1492-1582)

Pengeran Aria Nasharadin Yunus, anak kepada Maulana Abdul Muzaffar . Ibu Pengeran Aria berasal dari Jambi. Ibunya Puteri Jambi. Pengeran Aria dilahirkan pada tahun 1492M di Jambi. Dibesarkan di istana  Kesultanan Jambi. Pada masa ini anak-anak diajar dengan tatacara kehidupan Islam dan ilmu persilatan, memang lumrah anak-anak bangsawan dilatih didalam ilmu-ilmu perang. Penjajah waktu ini ialah Siam. Di Melaka pula masa ini ialah Sultan Mahmud Syah (1480-1511). Di Kesultanan Inderagiri masa ini panglima perangnya ialah Panglima Daik ( Saiyid Ahmad Syah atau Ahmad Kamil (1525-1647M). Panglima Daik masih kaum kerabat dengan Pageran Aria. Di Tanah Jawa Kerajaan Islamnya ialah Kerajaan Demak yang diperintah oleh Sultan Ali  Alam Akbar Al-Fatah.
Pada tahun 1512, Pangeran Aria Nasharudin pergi bergabung dengan Pengeran Seberang Lor (Adipati Unus) Sultan Demak 2, menantu Raden Fatah, sultan Demak 1 menyerang Portugis di Melaka. Markas Transit gerakan itu adalah di Pulau Besar, Melaka. Serangan ini gagal mengalahkan Portugis di Melaka. Serangan ini gagal tetapi Pengeran Seberang Lor tersangkut!! bukan tersangkut dengan apa-apa, cuma tersangkut dengan anak  Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail, Pulau Besar. Pengeran Seberang Lor (Adipati Unus) berkahwin dengan Syaripah Siti Zubaidah Binti Syeikh Ismail Pulau Besar. Pada tahun 1519, kalau kita pergi ke Pulau Besar kita akan jumpa sebuah gua di barat pulau bertentangan dengan Pulau Hanyut, dinamakan gua tersebut ialah Gua Yunus. Di ceritakan pada aku , Pengeran Seberang Lor (Adipati Yunus) dan lain-lain sahabatnya yang selalu berkhalwat di gua itu. Gua itu masih lagi ada disitu sehingga sekarang. Perkahwinan beliau dengan Syaripah Siti Zubaidah memang ada perhubungan keluarga. Nasab aku dan isteriku bercantum pada beliau.
Daripada mereka ini (Pengeran Seberang Lor dan Syaripah Siti Zubaidah ) lahirlah Pengeran Aria Putra pada tahun 1525, yang dikenali dengan gelaran Nakhoda Hitam. Nakhoda Hitam amat-amat digeruni olih penjajah samaada belanda atau inggeris .Beliau juga dikenali sebagai ‘PANGLIMA TOK HITAM’.Di Jawa beliau di kenali dengan nama Raden Abdullah Melaka.
Pengeran Aria Putra atau Radin Abdulah,juga ialah SENOPATI AGUNG BANTEN, sangat digeruni oleh penjajah , banyak gerakan-gerakan tentera dilakukan ke atas penjajah. Mereka banyak bergabung dengan Sunnan Gunung Jati di Banten. Kerajaan di nusantara Melayu ini memang ada kaitan keluarga diantara satu sama lain.
Pengeran Aria Nasharudin Yunus wafat pada tahun 1582M. Makamnya berada di Jambi.

 RADEN ARIA PUTRA ATAU NAKHODA HITAM ATAU RADEN  ABDULLAH                                               ATAU PENGERAN    YUNUS  (1519-1650)
Raden Aria Putra atau Radin Abdullah dilahirkan pada tahun 1519M. Bapanya ialah Pengeran Seberang Lor. Ibunya bernama Syaripah Siti Zubaidah, anak kepada Sultan Ariffin Syeikh Ismail, Pulau Besar.Kedua suami isteri ini SYAHID di pengairan Pulau Besar pada tahun 1521, semasa pertempuran menyerang Portugis.Radin Abdullah di besarkan olih SUNAN GUNONG JATI.Hanya beliau satu satu nya anak Pengeran SEBERANG LOR yang selamat dan terus di lari kan ke Banten.Nenek sebelah ibunya bernama Syaripah Siti  Maimunah Binti Maulana Ishak. Hal ini bermakna datuk dan moyangnya ialah ulama besar Melaka. Beliau dilahirkan pada zaman Melaka telah dikuasai Portugis. Pada zaman Portugis menyerang Melaka, banyak keturunan beliau yang syahid. Termasuk ibu dan bapa dan abang nya. Diceritakan Pulau Besar dan pulau sekitarnya juga Pulau Upih bergelimpangan dengan mayat-mayat perajurit yang gugur mempertahankan Melaka. Melaka tidak akan kalah kalau disebabkan serangan Portugis. Melaka kalah disebabkan ada pengkhianatan daripada orang-orang besarnya sendiri dan pembelotan tentera-tentera dari Jawa. Bagi aku ini adalah bala yang diturunkan kepada Melaka disebabkan pemerintahan yang zalim dan pembesar-pembesarnya yang tamak haloba dan mengejar harta dunia sahaja.
Setelah dewasa Raden Aria Putra terlibat dengan gerakan-gerakan tentera untuk menawan Melaka kembali. Disamping itu beliau dan rakan-rakannya menyerang kapal-kapal Portugis di pengairan Selat Melaka. Pada tahun 1545M beliau ke Jambi, dan bergabung menyerang Panglima Perang Jambi untuk menyerang penjajah Portugis dan Belanda. Beliau banyak bergabung dengan Kerajaan Banten di Jawa Barat pada tahun 1545.
Beliau berkahwin dengan Puteri Syaripah Alawiah BintI Sayid Umdatuddin Husin Bin Sunan Gunung Jati Bin Sayid Ali Nurul Alam. Sememangnya beliau rapat di Banten dan Jambi malah Palembang kerana kerajaan-kerajaan itu adalah kerabat-kerabat beliau. Puteri Syaripah Alawiyah juga digelar Puteri Mayang Mengurai, kakak kembar Puteri Mayang Sari, ibu kepada Syeikh Ahmad Maulana atau Tok Janggut Acheh, isteri Panglima Daik.Pada tahun 1530 beliau di lantik menjadi Adipati Pakuan  Islam ,mengantikan ayah nya yang wafat, bergelar Pengeran Aria Jepara.
Banyak gerakan-gerakan tentera dilancarkan oleh Sultan Johor atau Pahang atau Jambi juga Acheh. Pada tahun 1641M. Gabungan tentera-tentera Kerajaan Melayu dan dibantu oleh Belanda telah menghancurkan tentera Portugis di Melaka. Melaka jatuh ke tangan Belanda. Tetapi bak kata pepatah “lepas mulut buaya, masuk ke mulut harimau”. Belanda juga tidak kurang hebatnya menekan dan menyerang Kerajaan Melayu malah lagi teruk. Belanda dan Inggerislah yang memfaraidkan Empayar Riau, Johor Lingga yang tinggal sekarang ini hanyalah negeri Johor yang sekangkang kera Melaka yang sepait ini. Empayar yang terkenal di seluruh Kepulauan Melayu malah dunia di pecahkan menjadi Empayar Johor-Riau-Lingga dan Pahang . dipecahkan lagi dan dicobak-cobekkan dan yang tinggal hanyalah negeri Melaka dan Johor yang ada sekarang ini. Ke mana perginya Riau, Lingga, dan ke mana perginya Jambi, Siak, Rokan, Inderagiri, Kampar dan Aru. Semua ini telah di faraidkan seperti cerita ‘ Nujum Pak Belalang’  satu untuk engaku, satu untuk aku. Bayangkan jika kita tidak dijajah, sebesar mana negara kita ini? Utaranya dari Ligor (segenting kera). Selatnya meliputi laut Australia, Baratnya lautan Hindi dan Timurnya lautan Pasifik. Dianggarkan penduduknya seramai 300 juta orang. Salah satu negara yang terkuat di dunia. Radin Aria Nasharudin berkawin Puteri Cempaka Biru dari Jambi.Daripada perkahwinan Nakhoda Hitam dan Puteri Syaripah Alawiyah lahirlah Radin Aria Darmawangsa pada tahun 1570M. Nakhoda Hitam wafat pada 1650M di semadi kan Jambi.


          RADEN ARIA DARMA WANGSA  (1570-1700)

Beliau dilahirkan pada tahun 1570 di Jambi. Bapanya ialah Nakhoda Hitam dan ibunya Puteri Mayang Sari  atau Puteri Syarifah Siti Adawiah  binti  Syarif Muzaffar Ahmad atau Temenggung Merah Mato..
Beliau berkahwin dengan anak Puteri Galoh Cendera Sari,Puteri Pakuan.pada tahun 1596. Hasil perkahwinannya lahirlah seorang Pengeran Aria Nasharudin atau Panglima Jambi. Raden Aria Wangsa dilantik menjadi Panglima Perang Banten olih Sultan Maulana Yusof yang juga bapa saudara beliau. Pada tahun 1589 Banten menyerang Pakuan dapat menakluk Pakuan.Atas jasa Raden Aria Wangsa beliau dilantik menjadi Adipati Pakuan  tetapi Pakuan  masih menjadi negara naungan ,dalam Kesultanan Banten. Dan di tukar nama menjadi Pakuan Islam. Disamping menjadi Adipati Pakuan Islam ,beliau masih menjadi SENOPATI AGUNG BANTEN. Sebenarnya hampir keselurohan kerajaan Tanah Jawa dikuasai olih keturunan datuk kami MAULANA SAYID HUSIN JAMADIL QUBRA.
Datuk kami yang alim lagi zuhud ini wafat pada tahun 1700 di Japara, Jawa Barat.

                            

                         ADIPATI RADEN ARIO DAMAR ATAU
              SULTAN ABDULLAH PALEMBANG                   
                                          (1431-1486)
      
         Dilahirkan di Majapahit pada tahun 1431M. Beliau ialah anak Prabu Kerta Wijaya atau dikenali dengan nama lainnya  Prabu Brawijaya I. Disebabkan masalah perebutan kuasa di Majapahit, beliau telah dihantar ke Palembang untuk menjadi Adipati Palembang pada tahun 1455M. Perebutan kuasa, peperangan dan iri hati telah berlaku di dengan dasyat di Majapahit.Sultan Abdullah Wan Bo Teri di panggil balik ke Champa untuk menjadi Panglima Perang Champa.Beliau meninggalkan isteri yang sarat mengandung di Palembang.Setelah kelahiran anak Sultan Abdullah, yang di namakan Sayyid Ali Al Fatahillah atau Pengeran Jinbun atau Raden Fatah, Nyai Dewi Endang Sasmitra Puri berkawin pula dengan  Adipati Ario Damar pada tahun 1455M. Pada tahun selepas nya  lahirlah seorang putera  yang dinamakan oleh Adipati Ario Damar bernama Pengeran Husin.Dan bermakna antara Pengeran Jimbun/Raden Patah adalah SAUDARA SATU BONDA.
 Pada tahun yang sama 1455M, Sunan Ampel, Maulana Ishak dan Sayyid Baraqat  pergi berdakwah ke Palembang, Adipati Ario Damar dan keluarganya memeluk Islam dan dinamakan Sultan Abdullah. Dengan Nyai  Dewi Sasmitapuri,atauPuteri  Siti Zainab binti Prabu Brawijaya, Raden Ario Damar atau  Sultan Abdullah mendapat anak yang bernama Raden Husin, yang akan datang menjadi Adipati Terong dan Senopati Perang Majapahit dan akan menjadi Sultan Palembang ke 2..

Semua Pengkaji Sejarah menulis seperti di atas.Sejarah ini sebenar nya telah di putar belit dan di musnah kan.Para Orintalis Barat ialah Zionis,mereka tidak mahu Kebenaran Islam dan Takut Kebangkitan Islam kembali lagi !!!.Mereka memutar,menukar dan memusnah kan bukti bukti Sejarah.Contoh nya !!!.Mereka mengatakan Kota Melaka,mereka yang buat !!! Sebenar nya Tun Perak lah yang membuat Kota Melaka,meliputi Keselurohan Bandar Melaka.Portugis hanya mendirikan A Formosa iaitu Sebuah Pintu Gerbang !!!.Kota Melaka telah di musnah kan olih Wiliam Farquhar semasa menjadi Gabenor Melaka.Tidak cukup mereka yang membalikan Sejarah,mereka mengupah Sejarawan Cina pula menulis,bahawa Raden Fatah keturunan Cina.Termasuk juga Para Wali Songho berketurunan Cina,Keturunan Arab nya HILANG....Bagitui lah BUSOK NYA HATI MEREKA !!!!.Islam hanya menang jika beramal dam mengikuti Al Quran dan Al Sunnah.Islam tidak akan menang jika kita berpegang kepada Asabbiyah !!!.Indonesia hanyalah untuk Indonesia,Arab hanya lah untuk Arab,Malaysia hanyalah untuk Malaysia dan Afrika hanya untuk Afrika.Sampai KIAMAT pun Islam tidak Menang !!!.Datuk Nenek ku bersabung Nyawa,meninggal kan Pangkat Bangsawan, isteri yang cantik dan Harta bertimbun....kerana apa ????.Sampaikan lah walaupun,Satu Ayat !!!!.
            Setelah besar kedua-duanya Pangeran Jimbun dan Radin Husin dihantar ke Tanah Jawa. Prabu Majapahit iaitu Prabu Brawijaya v (juga Bapa saudara  mereka berdua) melantik Raden Husin menjadi Adipati Terong dan merangkap Panglima Perang Majapahit (Senopati). Pangeran Jimbun terus ke Ampel Denta untuk berguru lagi dengan Sunan Ampel. Semasa Kerajaan Demak  didirikan oleh para Wali Songo, Pangeran Jimbun menjadi Sultan Demak I. Peperangan berlaku antara Demak dan Majapahit. Sunnan Ngadilanga ialah Senopati Demak dan Raden Husin menjadi  Senopati Majapahit. Kedua-dua Senopati ini berperang, diberitakan Sunan Ngadi Langu, Shahid. Sunan Giri, masa itu Ketua Para Wali Songo (Sunan Ampel telah wafat) telah melantik Sunan Kudus, anak Sunan Ngadilangu menjadi Senopati Demak. Demak dan Majapahit berperang lagi. Raden Husin dan Sunan Kudus beradu tenaga, diceritakan 3 hari 3 malam mereka bertempur akhirnya Raden Husin tertawan olih tentera Demak dan sang Prabu kabur lari Madura..
                Raden Husin meninggalkan Jawa dan menjadi SULTAN PALEMBANG bergelar Pengeran Sedo Ing Lautan  Beliau banyak anak antaranya:
a.            Kiai Gedi ing Suro atau Pengeran Yunus.
b.            Pangeran sekar Sedo Lepen
c.            Sultan Trenggonu
d.            Puteri Dewi Sopiah ( Isteri Sunan Gunong Jati)
                 Raden Husin juga dikenali dengan nama Pengeran Surabaya. Beliau wafat pada tahun 1528M. Setelah wafatnya Pangeran Jimbun atau Sultan Alam Akbar Al-Falah wafat pada tahun 1518M. Para wali melantik Raden Abdul Qadir,menantu dan, anak saudara Raden Fatah menjadi Sultan Demak II. Patih Unus hanya bertahan 3 tahun sahaja sebagai Sultan Demak.Beliau SYAHID di Melaka pada serangan ke 2, Demak.Banten,Acheh,Palembang,Melaka.dan Ternate. Perebutan kuasa berlaku di Demak. Perebutan kuasa berlaku antara Sultan Terengganu dan Pangeran  Sekar Sedo Lepen.
            Pengeran Yunus terus menarik diri dari menjadi Sultan, beliau membawa diri ke Palembang dan menukarkan nama menjadi ‘KIAI GEDING SURO’.

          PANGERAN ARIA NASARUDIN ATAU PANGLIMA JAMBI                                                                         ATAU  SULTAN     MUHAMAD WANGSA 1   (1651-1760)

  Pangiran Aria Nasarudin lahir di Jambi pada tahun 1651M. Ibunya bernama bernama Puteri Syaripah Alawiyah cucu Sunan Gunung Jati. Bapa beliau ialah Raden Surya Wangsa atau Radin Aria Darma Wangsa daripada keturunan Sunnan Gunung Jati. dan Pati Unus. Beliau dididik dikalangan keluarga bangsawan yang semestinya dalam ilmu Islam atau ilmu peperangan. Setelah dewasa beliau dikenali dengan nama Panglima Jambi. Seorang PangIima Perang dari Kerajaan Jambi dan Banten.
Pengeran Aria banyak membantu Kerajaan Banten didalam peperangan melawan Penjajah Belanda. Beliau juga tinggal lama di Pulau Jawa dalam urusan dakwah Islam.Selain menjadi Panglima Perang Jambi dan Banten ,beliau juga Adipati Pakuan.Pakuan Pejajaran ,atau nama lain nya setelah islam dinamakan Pakuan Islam.Wilayah ini masih dalam Kesultanan Banten.Beliau banyak membantu Kesultanan Banten dalam misi dakwah di seluruh pulau Jawa.Setelah dapat menawan Pakuan Pejajaran beliau dilantik menjadi Adipati Pakuan digelar SULTAN MOHAMAD WANGSA 1.
Pada tahun 1680M beliau berkahwin dengan Puteri Cempaka Biru dari Jambi. Daripada perkahwinan mereka, maka lahirlah Raden Aria Mohyidin. Beliau wafat di Jambi pada tahun 1760M.
   
                     

                                       PANGERAN ARIA DIWANGSA ATAU    
                                      SULTAN  MOHAMAD WANGSA 2 (1681-1771)
  
         Radin Surya Diwanngsa dilahirkan pada tahun 1681 di keraton Pakuan.Bapa beliau ialah Sultan Mohamad Wangsa 1 atau Pengeran Aria Nasharudin.Wilayah Pakuan masih di bawah Kesultanan Banten semasa di perintah olih Sultan Mohamad Wangsa 1.Pakuan masa ini digelar PAKUAN ISLAM.Setelah wafat ayah nya beliau dilantik menjadi Adipati Pakuan dengan gelaran SULTAN MOHAMAD WANGSA 2 pada tahun 1761 M.Banten di perintah oleh Sultan Mohamad yang berumur 9 tahun,pemerintah sebenar nya ialah Mangkubumi Rana Manggala .Banyak perintah yang tidak menyenangkan olih kerajaan bawahan Banten.Pada tahun 1596 Banten menyerang Palembang, ini menyebabkan raja bawahan Banten tidak setuju.Kesultanan Banten diambang perpecahan, bukan saja Banten, banyak kerajaan jawa yang berperang sesama sendiri, menyebabkan musuh sebenar umat islam iaitu BELANDA ketawa besar.Beliau berkawin dengan Puteri Cempaka Sari dari Jambi pada tahun 1749.
          Pada tahun 1683 Pakuan Islam di hancurkan olih BELANDA, bukan sahaja Pakuan Islam tetapi Kepulauan Melayu keselurohan nya.Setelah itu Pakuan Islam tidak sehebat dahulu, banyak kerabat diraja lari  meningalkan tanah jawa.Banyak kerabat diraja lari ke pulau Sumatera termasuklah anak Sultan Mohamad Wangsa 2 iaitu Radin Aria Mohyidin.Sebenar nya selepas perang pada tahun 1521,banyak Panglima Melaka dan perajurit Melaka mengikut Panlima Fatahilah dan Radin Abdullah ke Banten,keturunan dari orang Melaka ini membuka kampong di Banten di tepi danau dan di panggil TASIK MALAYA atau Tasik Orang Melayu.Dari keturunan orang Melaka lah yang menjadi penyukung dan tentera paling setia Radin Abdullah bin Pengeran Seberang Lor.Disebab ini juga setelah Pakuan Islam di hancurkan olih Belanda mereka lari balik ke Melaka semula.Pada masa itu Inggeris yang menjajah Tanah Melayu kurang sedikit dalam menindas kerabat diraja dan keturunan ulamak.Sementelah pula masa itu tidak seperti sekarang ,yang memerlukan passport untuk kita bergerak ke seluroh pelusok Nusantara ini.
           Sultan Mohamad Wangsa 2 wafat pada tahun 1771 disemadikan di Sorosoan,Pakuan, Jawa Barat.


                                     RADIN ARIA MOHYIDIN ATAU  TOK DIN (1769-1899)

Radin Aria Mohyidin lahir pada tahun 1769M di Pulau Karimun. Bapa Raden Aria Mohyidin ialah Pengeran Aria Diwangsa. Ibunya ialah Puteri Cempaka Sari juga dikenali dengan nama Puteri Hijau. Puteri Cempaka Sari ialah Puteri Jambi, beliau juga adalah seorang Panglima yang handal semasa berperang. Semasa beliau kecil Raden Aria Mohyidin diajar cara Islam  dan seni persilatan. Kaum kerabat mereka boleh dikatakan banyak daripada golongan ulama dan panglima.
Raden Aria Mohyidin berkahwin dengan Daeng Sapiah pada tahun 1825M. Daeng Sapiah adalah cucu Raja Haji, Al-Marhum Telok Ketapang. Pada tahun 1826M beliau mengetuai rombongan keluarga, serta kaum kerabat yang lain berpindah ke Melaka.Sebenar nya kaum kerabat mereka yang lain memang telah ada di Bukit Rambai (Syeikh Umar Said). Raden Aria Mohyidin memilih kawasan Pantai Puteri (Pantai Rombang). Penempatan orang-orang Bugis telah sedia ada di Tanjung Keling dan Bukit Darat. Beliaulah yang telah membuka perkampungan baru yang bernama Pantai Rombang. Semasa mendarat di Pantai Rombang beliau menukar namanya daripada Raden Aria Mohyidin kepada Din Bin Baba dari Jambi.
     Ini adalah disebabkan, yang akan diceritakan nanti dibahagian Rahsia Keturunan.
   Tok Din dan Nenek Piah berkahwin dan mendapat 1 orang anak iaitu:
  1. Raden Muhamad Bular  atau Bulang
 Radin Aria Mohyidin atau Tok DIN  wafat pada tahun 1899M. beliau telah dimakamkan di Tanah Perkuburan Pantai Rombang.

                         RADEN MUHAMAD BULAR       (1789-1899)

         Radin Muhamad Bular dilahirkan pada tahun 1789 di Pantai Rombang. Bapa beliau ialah Radin Aria Mohyidin ( TOK DIN).Ibu beliau bernama Daing Sapiah cucu Raja Haji .Bapa beliau lah yang membuka belah Pantai Rombang,Pantai Tanah dan Pantai Kundur.Dikenali sekarang PANTAI PUTERI.Dari titisan beliau lahir lah 2 putera iaitu;
         1.                                    Raden Lohor(1805-1885)                                    
     Radin Lohor di lahirkan di Pantai Rombang pada tahun 1805.Beliau ada seorang adik yang bernama Radin Tangguk, yang melahirkan ramai keluarga ku di Pantai Puteri.Pada tahun 1823 beliau telah berkahwin dengan Raden Sakdiah.Radin Saadiah masih kerabat dengan beliau.Keluarga ku di sebelah Pantai Puteri banyak juga guru ugama seperti juga keluarga ku di Bukit Rambai.Di samping mengajar ugama pada sebelah malam ,beliau juga mengajar silat serta mengubat orang.Telah ku tulis kan ,hampir keselurohan keluarga kami bolih mengubat orang.Pada siang hari beliau akan ke sawah atau pergi kelaut, mencari ikan.Itu lah rutin kehidupan keluarga kami, samaada di Bukit Rambai atau di Pantai Puteri.Sepasang suami isteri yang warak ini wafat pada tahun yang sama iaitu tahun 1885M. Hasil perkahwinannya beliau mendapat anak, iaitu Raden Mat Udin (1825-1885). Anak Radin Mat Udin, Radin Kalong berkahwin dengan Raden Semah binti Raden Baba bin Radin Tangguk. Mereka ini telah membuka tanah-tanah sawah di Paya Luboh, Tangga Batu. Raden Kalong wafat pada 1925 dimakamkan di Tanah        Perkuburan Tangga Batu.
2                                           .RadinTangguk                                                            
Anak Raden Tangguk bernama Radin Baba. Mendapat anak bernama Radin Muhamad Arif dan Radin Bakar.Radin Bakar pula berkawin dengan Sarifah Bidah binti Syeikh Ahmad Hitam( Buyut ku).Telah ku tuliskan, kaum kerabat ku mengamalkan kawin kerabat.                         


                                    RADEN  MAYUDIN  atau TOK  MAT  UDIN (1825-1895)

Raden Mayudin dilahirkan pada tahun 1825M di Pantai Puteri (Pantai Rombang). Bapanya bernama Raden Lohor tetapi dikenali dengan nama Lohor Saraja. Identiti dan nama keluarga di sorokkan disebabkan tekanan, ugutan dan ancaman daripada penjajah. Ibu Raden Mayudin ialah Daeng Sapiah cucu kepada Raja Haji.
Raden Mayudin dibesarkan datuknya Raden Bulang. Diibesarkan di Pantai Rombang.Moyang beliau. Raden Aria Mohyidin membuka tanah kebun dan sawah diceritakan dari Pantai Rombang hingga ke Pantai Kundur. Bersambung pula dari Solok Bukit Tempayan, Paya Luboh, Tangga Batu hingga ke Kampung Gelam. Jikalau anda melihatnya, anda boleh membayangkan. Bagiku ini semua tidak pelik kerana Raden Aria Mohyidin ialah bekas Panglima Perang Kerajaan Kerimun yang bergelar Panglima Tok Sendi Kaya Raja Sari dan juga  anak Sultan MOHAMAD WANGSA 2 dari Pakuan Islam, Banten.. Namanya pun dah ada kaya takkanlah semasa berpindah ke Pantai Puteri hartanya ditinggalkan di Pulau Kerimun, tentulah dibawanya. Isterinya juga cucu Raja Haji, bekas Yamtuan Riau ke 4. di Riau-Lingga hampir keseluruhan berketurunan Raja Haji (Bugis Luwok). Disamping membuka tanah kebun dan sawah, Tok Lohor membeli tanah. Harga tanah pada masa itu ialah RM50.00 seekar.Saudara mara mereka termasuklah Daing Matimo dan Daing Manompok, Panglima Perang, Daing Kemboja semasa perang Linggi pada tahun 1701 m.
Raden Mayudin mendapat bahagian harta daripada Tok Lohor dari Tangga Batu, Paya Luboh dan Kampung Gelam. Raden Tangguk mendapat tanah di Pantai Rombang, Paya Keladi dan Pantai Kundur. Masjid Pantai Rombang dan surau Mat Din Pantai Rombang adalah kepunyaan (wakaf) daripada Raden Bulang. Geran tanah tapak Masjid Pantai Rombang ialah atas nama Daeng Bagiah. Daeng Bagiah adalah isteri kepada Radin Bulang. Raden Mayudin berkahwin dengan Daing Pagi(Suboh). Dari mereka lahir lah Radin Kalong pada tahun 1845m.Aku tidak dapat mengesan selidik siapa Raden Subuh berdasarkan nama dan cara kematiannya, aku percaya suami isteri ini (Raden Mayudin dan Raden Suboh) bukanlah orang sebarangan. Cara kematian mereka senang.
Pada hari kematian Raden Mayudin memanggil sanak-saudara berkumpul, untuk kenduri katanya. Setelah kenduri Raden Mayudin menyuruh saudaranya membeli kain kapan lengkap (kain kapan, kayu papan lahat, kapur barus) 2 set. Bila di tanya kenapa?. Beliau hanya menjawap belikan saja. Setelah dilakukkan kenduri makan tengahari. Beliau dan isteri mengerjakan solat asar, selepas itu keluar lagi daripada bilik tidur mereka. Sebelum maghrib apabila sanak saudara membuka bilik mereka Raden Mayudin dan Raden Suboh telah wafat. Pada pendapatku mesti ada amalan yang baik-baik yang diamalkan oleh mereka. Daripada cara mereka wafat, seolah-olah mereka sudah tahu, mereka akan pergi mengadap illahi.
Mereka (Raden Mayudin atau Mat Udin dan Raden Suboh) wafat pada 1885M dan beliau berdua dimakamkan di Tanah Perkuburan Pantai Rombang. Tanah prkuburan ini juga wakaf daripada Raden Aria Mohyidin atau Tok Din



                                  RADEN KALONG (1845-1925)

Raden Kalong dilahirkan pada tahun 1845M di Pantai Rombang. Bapanya Raden Mayudin atau Mat Udin dan ibunya Raden Suboh. Raden Kalong dibesarkan dalam keluarga yang kaya di Pantai Puteri. Beliau cuma mempunyai 2 beradik. Adik bongsunya ialah Raden Halimah. Raden Halimah berkahwin dengan Haji Abdul Kadir bin Haji Latip, orang Pantai Tanah Merah tetapi membuka perkampungan di Seri Tanjong, Masjid Tanah. Masjid lama Masjid Tanah yang asal daripada tanah didirikan oleh Haji Latif. Ramai keturunan Haji Latip  ada di sekitar Masjid Tanah khasnya di Kampung Seri Tanjong.Surau yang ada sekarang dinamakan Surau Haji Kadir masih digunakan sehingga kini.
Raden Kalong berkahwin dengan Raden Semah Bin Raden Baba pada tahun 1900.. Melihat perkawinan ini, Raden Kalong dan Raden Semah ialah sepupu. Hampir semua keturunan ku berkahwin dengan saudara, sama ada sepupu, 2 pupu atau senasab. Selepas berkahwin beliau berpindah ke Solok Tangga Batu. Hampir keseluruhan tanah di Tangga Batu, Solok Tangga Batu, Paya Luboh, Tangga Batu Pekan dan Kampung Gelam adalah kepunyaan keluarga Raden Kalong. Masjid Tangga Batu Kechil, Masjid Tangga Batu Pekan dan Masjid Kampung Gelam diwakafkan oleh Raden Kalong termasuk juga tanah Perkuburan Keramat Batu, Tanah Perkuburan Tangga Batu dan Tanah Perkuburan Tangga Batu Pekan serta Tanah Perkuburan Kampung Gelam. Ini di ceritakan olih almahum bapa mentua ku.
Raden Kalong mendiami tanah yang sekarang diduduki oleh keluarga isteriku (Syaripah Bidah).Kehidupan moyang ku ini, Sebelah siangnya ke sawah sebelah malamnya pula mengubati orang dan mengajar silat. Moyangku ini memang terkenal sebagai Pawang di kawasan Tangga Batu, juga sebagai guru silat. Raden Kalong  mempunyai beberapa orang anak iaitu:
a.      Raden Bainah telah meninggal dunia semasa muda
b.      Raden Maimunah, ibu angkat ,juga nenek saudara kepada isteriku
c.      Raden Mat
d.      Raden Baba, datuk kepada Isteriku

Raden Kalong wafat pada tahun 1925 dan dimakamkan di Tanah Perkuburan Tangga Batu. Moyang perempuan kami Radin Semah wafat pada tahun 1927, disemadikan di perkuburan yang sama.
                                            
                                      RADEN BABA (1905-1990)
Raden Baba dilahirkan di Tangga Batu pada tahun 1905. Beliau di besarkan di Tangga Batu. Bapanya ialah Raden Kalong, ibunya ialah Raden Semah. Beliau mempunyai 4 orang aduk-beradik iaitu 2 lelaki dan 2 perempuan. Raden Baba ialah seorang guru silat, ramai anak muridnya di sekitar Tangga Batu. Di kawasan Tanjung ini boleh dikatakan keseluruhanya ialah kaum kerabat beliau.
Raden Baba berkahwin dengan Raden Ara Bt. Raden Bakar b. Raden Tangguk b. Raden Bulang. Maka Raden Baba dan Raden Ara ada hubungan keluarga. Ibu Raden Ara ialah Syaripah Bidah Binti Syeikh Ahmad Hitam. Syeikh Ahmad Hitam ialah Buyutku (Penulis). Hal inilah yang menyebabakan walau aku tidak berkahwin dengan isteriku, aku masih mempunyai hubungan keluarga dengan Raden Kalong.
Kakak kepada Raden Baba iatu Raden Maimunah yang memelihara isteriku Raden Saripah daripada umur 7 bulan hingga 17 tahun. Menurut isteriku Raden Maimunah ialah seorang yang kaya, beliau telah diwariskan tanah sawah di Paya Luboh dan tanah kebun di Solok Tangga Batu. Banyak peralatan rumah seperti dulang, ginseng, tempat kueh bahulu, acuan-acuan kueh yang ada padanya dibuat daripada tembaga. Beliau juga ada kui padi, kisar padi dan indek padi, kereta lembu. Disamping barang-barang perhiasan emas yang besar-besar. Daripada apa yang aku selidiki, Raden Maimunah memang seorang yang banyak duit pada tika itu, beliau satu satu nya anak perempuan Raden Kalong yang hidup (Raden Bainah yang meninggal muda). Hartanya yang banyak difaraidkan kepada hanya 3 orang saja iaitu Raden Mat, Raden Baba dan Raden Maimunah. Menurut isteriku Raden Maimunah seorang yang lurus, jujur, baik hati dan mudah percaya cakap orang. Raden Maimunah telah berkahwin dengan seorang duda beranak 7. Oleh sebab beliau terlalu sayangkan suaminya beliau telah memberi sekeping tanah lebih kurang setengah ekar kepada suaminya. Ditukarkan kepada nama suaminya. Hal ini bermakna tanah tersebut akan dimiliki oleh anak-anak tirinya. Suami Raden Maimunah ialah Bechik. Daripada perkahwinannya ini maka lahirlah seorang anak lelaki iaitu Mat Shah.
Pada tahun 1971, Raden Maimunah telah mempunyai krisis dengan adiknya Raden Baba (datuk Raden Saripah), beliau telah bertindak nekad untuk menjual segala hartanya di Tangga Batu dan telah membeli sebidang tanah ¼ ekar di Kampung Lebu, Bentong, Pahang. Tanah itu telah dijualkan oleh anaknya iaitu Mat Shah. Mat Shah telah menjualkan tanah itu dengan harga RM 5000.00 untuk belanja kahwin pada tahun 1986. Akhirnya tanah terjual, isteri terbang (cerai). Apabila tanah tiada, ketua kampung (Tok Empat- di Pahang) telah menghantar Mat Shah ke rumah orang tua-tua, Seberang Takir, Terengganu dan pada tahun 2007 beliau telah meninggal dunia. Kehidupan Raden Saripah dan Raden Maimunah di Bentong telah dituliskan di bab Riwayat Hidup Radin Saripah.
Raden Baba mempunyai 7 orang anak iaitu:
a.            Raden Osman
b.            Raden Raman
c.            Raden Halimah
d.            Raden Che Man.
e.            Raden Sulaiman
f.              Raden Ismail (Kiman)
g.      Radin Ramah
Radin Ismail atau Radin Kiman berkawin dengan Enchah atau Ainon, orang Muar pada tahun 1978 dan melahirkan;
 1.Radin Syahrol          +     Rosmawati.
 2.Radin Norazreen      +     Ku Zairol
                     Dapat anak  1.Ku Adi Putra
                                         2.Ku Amar Fares
                                         3.Ku Alia Qaldina
  3.Radin Ridwan
Raden Baba bagiku berwatak keras, kasar dan panas baran tetapi baik hati, aku sebenarnya banyak kali berjumpa beliau. Maklumlah beliau guru silat. Raden Ara meninggal dunia pada tahun 1968. Raden Baba menduda lama sehingga ke akhir hayatnya. Pada tahun 1990 Raden Baba telah meninggal dunia dan beliau dan isterinya dikebumikan di Tanah Perkuburan Tangga Batu




                                     RADEN OSMAN (1923-2003)

Beliau dilahirkan pada tahun 1923 di Tangga Batu, Melaka. Bapanya Raden Baba yang dipanggil Busu. Semua anak-anak Raden Baba memanggil abahnya Busu. Ibunya Raden Ara yang berketurunan Syeikh Ahmad Hitam, Bukit Rambai. Semasa kecilnya bersekolah Melayu dan juga Sekolah Pondok Haji Wahid. Semasa dewasa beliau belajar memandu kereta dan pekerjaan yang hakiki ialah pemandu van barang.
Perkahwinan pertama beliau adalah dengan seorang janda yang beranak 2 iaitu Che Wah. Nama anak Mak Wah ini yang pertama ialah Ahmad dan yang kedua ialah Esah. Daripada perkahwinan Raden Baba dan Che Wah, masih daripada kerabat keturunan Raden Tangguk, Pantai Rombang. Mak Wah masih menduduki tanah keluarga di belakang Masjid Pantai Rombang. Mereka bernikah pada tahun 1950 dan telah mendapat 3 orang anak iaitu:
a.      Raden Umar -1951
b.      Raden Sokyah-1959
c.      Raden Mat Diah -1961 dan telah meninggal muda pada tahun 2000

Beliau berkahwin pula dengan Saripah Bidah Binti Syeikh Ahmad Said pada tahun 1951. Kedua-dua isteri Raden Osman daripada kerabat beliau. Tentang anak-anak Raden Osman telah ku tuliskan dimuka surat sebelum ini dalam tajuk “Anak-anak Syeikh Ahmad Said”. Aku hanya tambahkan disini adalah tahun kelahiran anak beliau. Diantara tahun kelahiran anak-anaknya ialah:
a.      Raden Ali                                      1952
b.      Raden Aziz -                                  1954
c.      Raden Hamzah -                           1958
d.      Raden Jamilah -                            1960
e.      Raden Saripah Normala -             1962


Raden Osman dan Saripah Bidah naik Haji pada tahun 1991, ketika itu terjadi peristiwa kemalangan di terowong Al Muassem (melontar Jumrah).
Semasa kami tinggal di Kampong Baru Sungai Udang, Raden Saripah Normala bergelar ‘Tabib’. Kami seguru daripada hal perubatan tradisional. Guru kami ialah Tabib Mohamad Nabun. Selain itu juga Raden Saripah Normala juga mempunyai guru di alam ghaib melalui mimpi dan zuk zikir. Kelebihan Tabib Saripah Normala ini, beliau hanya menepuk anggota yang patah ini dengan doa, dibalut dengan daun, insyaallah dalam masa tiga hari akan sembuh. Saya  tidak boleh melakukan perkara seperti itu.. Ini adalah kelebihan yang Allah S.W.T berikan kepada beliau.
Raden Osman telah wafat pada tahun 2003. Beliau telah dimakamkan di Tanah Perkuburan Tangga


                                   RADEN BULANG Atau RADEN WULANG (1789-1899)

Dilahirkan di Pantai Rombang pada 1789. Bapanya ialah Raden Aria Mohyidin. Ibunya pula bernama Daeng Sapiah binti  Raja Ali Haji Bin Raja Ahmad Bin Raja Haji (Syahid Telok Ketapang). Dalam nasab ibu, Raden Bulang mempunyai 4 orang datuk yang syahid fisabillillah iaitu datuknya Raja Ahmad, moyangnya Raja Haji.Datuknya generasi 1,Pengeran Seberang Lor dan datuk nya generasi 2..Raden Abu Bakar serta adik nya Raden Abu Syahid.
Raden Bulang berkahwin dengan Daeng Giah Binti Raja Mohamad Bin Raja Ali Haji Bin Raja Ahmad Bin Raja Haji pada tahun 1809M. Daripada perkahwinan mereka ini, mereka telah dikurniakan beberapa orang anak iaitu:
a.            Raden Tangguk -1811-1831
b.            Raden Lohor    - 1825-1885
Nama sebenar Raden Bulang ialah Raden Mohamad Bular, tetapi orang kampung memanggilnya Bulang, loghat Melaka Bular menjadi Bulau (mata ceme-buta) lagi tidak sedap, panggil saja Bulang, iaitu pokok berduri-duri bulang. Begitu juga dengan Tangguk, nama sebenar beliau ialah Mohamad Tugar, loghat Melaka menjadi Tangguk. Sememangnya Tok Tangguk memang suka ke laut. Berhadapan dengan rumah beliau adalah laut. Daripada Raden Bulang melahirkan ramai anak cucunya. Masih lagi terdapat Masjid Pantai, Tanah perkuburan  dan surau yang telah diwakafkan oleh beliau.
Daripada Raden Tangguk lahir pula:
a.      Raden Mat Baba  berkahwin dengan Nyonye
b.      Raden Bakar berkahwin dengan Syaripah Bidah binti Syeikh Ahmad Hitam. Melahirkan:
a.      Raden Mat Arif                   +               Nyonye
                                             i.      Raden Baba                    +   Nyonye
                                           ii.      Raden Bapa Lapan         +   Raden Nyonye binti Raden Bakar         
1.      Raden Mahmud (anak)
2.      Raden Putih (anak)

1.       Anak Raden Baba     +        Nyonye
 Raden Alipun             +       Raden Putih Binti Raden Baba Lapan
 Anaknya ialah:
                                             i.            Raden Ali
                                            ii.            Raden Hasan
                                           iii.            Raden Fauziah
                                           iv.            Raden Sawiah
                                            v.            Raden Siti Hawa
                                           vi.            Raden Siti Hajar
                                          vii.            Raden Fatimah
                                         viii.            Raden Maziah
                                           ix.            RAden Bahaman
                                            x.            Raden Mohamad Arif
2.        Anak Raden Baba Lapan    +    Raden Nyonye Bt Raden Bakar
a.        Raden Mahmud
b.        Raden Putih (kahwin seperti di atas)

a.         Raden Mahmud           +         Raden Rahmah Binti Raden Baba Bin Raden       Kalong
       Anak- anaknya ialah:
                                             i.            Raden Mohamad             +    Noraini
                                            ii.            Raden Kamariah             +     Kamal
                                           iii.            Raden Zainal                   +     Norsiah
                                           iv.            Raden Norliah                 +    Md Noh
                                            v.            Raden Sabarudin            +   Jarah
                                          vi.            Raden Zuraidah               +      Abu
                                          vii.            Raden Sapiah                 +      Rosli
3.              Raden Bakar       +       Raden Syaripah Bidah Binti Syeikh Ahmad Hitam Bin Syeikh Uma Said (Bukit Rambai)
      Anak-anaknya ialah:
                                             i.            Raden Nya                        +          Harun
                                            ii.            Raden Nyonye                   +         Raden Baba Lapan
                                           iii.            Raden Ara                          +         Raden Baba Bin             Raden Kalong
                                          iv.            Raden Buntal                      +        Timah
                                           v.            Raden Bujal                        +        Ara

        I.      Raden Nya         +          Harun
Anak-anaknya ialah:
                                 i.            Raden Minah
                                ii.            Raden Baharudin
                               iii.            Raden Sudin
                              iv.            Raden Sudi
                               v.            Raden Che Mat
                              vi.            Raden Mat Zin
                             vii.            Raden Senah
                            viii.            Raden Jamal
    III.         Raden Ara       +          Raden Baba Bin Raden Kalong
Anak-anaknya ialah:
                                 i.            Raden Osman            +          Syaripah Bidah  ( isteri ke 2  )
                                ii.            Raden Rahmah          +          Raden Mahmud
                               iii.            Raden Rahman          +          (1)Simah   (2)Semah
                             iv.            Raden Halimah           +          Jaafar tidak mempunyai anak dan mengambil anak  Raden Raman                     +          Simah iaitu Jefri tetapi mati muda
                                v.            Raden Sulaiman         +          Maimunah
                               vi.            Raden Che Man         +          Jakmiah
                              vii.            Raden Ismail (Kiman) +         Enchah (Enon)
   IV.      Raden Buntal     +          Timah
Anak-anaknya ialah:
                                 i.            Raden Selamah
                                ii.            Raden Minah              +          Buang
                               iii.            Raden Munah
                               iv.            Raden Halijah
                                v.            Raden Lela
                               vi.            Raden Kasim
                              vii.            Raden Alias
     V.      Raden Bujal         +        Ara
Anak-anaknya ialah:
                                 i.            Raden Ramlah
                               ii.            Raden Rashidah
                              iii.            Raden Ahmad
                             iv.            Raden Kadir
                              v.            Raden Osman
                             vi.            Raden Kahar
                           vii.            Raden Karim
                          viii.            Raden Latip                                                       

   Ramai lagi nama-nama keturunanku kalau aku pecahkan, meliputi hampir keseluruhan penduduk asal Pantai Puteri (sepanjang Pantai Tanjong Kling, Bukit Darat, Pengkalan Perigi, Pantai Jaring, Kampung Gelam, Pantai Rombang, Pantai Kundur dan sekitar Tangga Batu).malah keturunan kami masih ada di Merlimau,Serkam,Umbai dan Telok Mas.



                                  PANGERAN SEBERANG LOR
                                                    ATAU ADIPATI YUNUS( 1477-1521)       

       Nama asal beliau ialah RADIN ABDUL QADIR. Dikenali dengan nama Pengeran Seberang Lor atau SENOPATI SARJAWALA. Gelaran paling terkenal ialah Pati Unus. Beliau dilahirkan pada tahun 1477M. Bapa beliau ialah Raden MOHAMAD YUNUS ,dari JEPARA datu beliau ialah SHEIKH KHALIQUL IDRUS. Syeikh ini berkawin dengan anak Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra. Raden Abdul Qadir juga menantu kepada  Sultan Demak iaitu Sultan Akbar Alam Al-Fatah atau Raden Fatah, Sultan Demak Pertama. Pengeran Yunus bin Raden Husin diambil oleh Raden Fatah sebagai anak angkat sekaligus menjadi Adipati Terong ,tempat ayah nya Raden Husin. Di dalam sejarah dikatakan Pengeran Yunus, anak Raden Fatah, tetapi setelah saya diselidiki daripada buku sejarah, nyatalah Pengeran Yunus, anak saudara dan anak angkat Raden Fatah..
            Pengeran Seberang Lor,beliau menantu Sultan Al Fatah, diangkat menjadi Sultan ke-2 Demak daripada tahun 1518-1521. Setelah wafatnya Sultan Al-Fatah. Pada tahun 1512, Pengeran Seberang Lor menyerang Portugis di Melaka, tetapi serangan itu gagal, oleh kerana peristiwa perang ini beliau diberi gelaran Pengeran Seberang Loh. Pada tahun 1521 Pengeran Seberang Loh menyerang Melaka (PORTUGIS).dan SYAHID bersama  2 putera beliau iaitu RADEN ABU BAKAR( anak Puteri Mas Nyawa.).RADEN ABU SYAHID(anak Puteri Ratu Ayu binti Syarif Hidayah tullah).Bersama SYAHID isteri ke 3 beliau Syaripah Siti Zubaidah binti Sultan Ariffin Sayyid Ismail.Yang tidak syahid ialah anak beliau bersama Syarifah Siti Zubaidah binti Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail Pulau Besar,iaitu RADEN ABDULLAH.Se orang lagi anak Pati Unus bersama Puteri Ratu Mas Nyawa iaitu Raden Abdullah Aria Pamungkas, juga TERSELAMAT.Raden Abdullah Aria Pamungkas berada dalam kandungan lagi semasa Peperangan 1521 M.Puteri Ratu Mas Nyawa di bawa lari ke Jambi dan Banten.Beliau melahirkan Raden Abdullah Aria Pamungkas di Jambi.
Pada tahun 1521 M timbullah pertikaian berkenaan jawatan Sultan Demak, pertikaian ini melibatkan Wali Songo diantaranya Sunan Kudus dan Sunan Kalijaga. Pengeran Surya atau Pengeran Yunus,keturunan Raden Husin, mengambil keputusan menyerahkan jawatan Sultan kepada para wali dan meninggalkan Tanah Jawa pergi ke Palembang, beliau telah pergi ke Palembang pada tahun 1528, menukar namanya kepada Kiyai Gede Ing Suro. Kerajaan Palembang sememangnya berhak diwarisi beliau kerana datuknya Sultan Abdullah Imam (Raden Ario Damar) adalah Sultan Palembang.Semasa itu Sultan DEMAK di sandang olih RADEN TERONGGONO.
Pengeran Yunus  berkahwin Puteri Pejajaran tetapi tidak ada zuriat..
Pengeran Yunus atau Kiyai Geding Suro menjadi pemerintah Palembang selama 17 tahun. Beliau adalah seorang pemerintah yang baik dan berperwatakkan lemah lembut. Hal ini tidak menghairankan kerana beliau telah dididik oleh Raden Fatah, seorang sultan dan juga ulama. Guru beliau juga termasuk Sunnan Giri yang juga bapa saudara beliau. Semasa kekecohan belaku di Istana Demak ada kemungkinan atas nasihat Sunnan Giri, beliau telah lari ke Palembang. Benar seperti bak pepatah Melayu ‘kalau mutiara itu asli terpendam di dasar laut pun sinarnya nyata kelihatan’. Maksudnya jika ditakdirkan anda pemerintah (Sultan), ke mana pergi pun anda tetap akan menjadi pemerintah juga !!!.
Kiyai Geding Suro mempunyai watak yang jauh berbeza dengan adiknya yang lain seperti Pengeran Terenggono dan Pengeran Sekar Sedo Lepen. Perebutan kuasa pemerintahan Demak mengakibatkan Pengeran Sekar Sedo Lepen di bunuh oleh Pengeran Prawato (Putera Sutan Tranggono). Arya Penangsang (Putera Pengeran Sekar Sedo Lepen) membunuh Pengeran Prawoto. Arya Penansang dibunuh pula Joko Tingkir iaitu anak kepada Bupati Pengging sekaligus menantu kepada Sultan Teranggono. Dengan krisis yang berlarutan ini, Kesultanan Demak lemah dan jatuh digantikan pula dengan Kesultanan Pajang dengan sultan pertamanya iaitu Joko Tingkir atau Mas Krebet bergelar Sultan Adiwijaya.
Disebabkan perebutan Kuasa Sultan antara Pengeran Yunus atau Kiai Gedi Suro dan Pengeran Trenggano. Pengeran Yunus mengundur diri jauh daripada kemelut Tanah Jawa dan beliau telah berhijrah ke Palembang dan seterusnya beliau menjadi Sultan Palembang yang ke-3.
Pada tahun 1545, setelah melalui suka duka dalam kehidupan Sultan yang warak dan zuhud ini wafat dan dimakamkan di Kompleks  Makam Gedi Suro di Masjid Agong Palembang.
Di dalam penelitian dan kajian saya, Kiyai Geding Suro tiada ada meninggalkan zuriat sebab itu di dalam senarai keturunan Sultan Palembang tidak ada nama anak beliau yang menjadi sultan. Pada pendapat saya mungkin beliau berwasiat supaya keturunan adik adik beliau menjadi sultan atau pemerintah. Memang saya dapati,tiada keturunan beliau sama ada di Palembang atau di Jambi malah di Jawa yang menjadi sultan atau pemerintah. Yang ada hanyalah keturunan dari adik beradik beliau menjadi ulama atau Panglima Perang, walaupun bagitu mereka juga berhak menjadi sultan di Palembang atau Jambi. Mungkin juga mereka tidak mahu keperitan hidup dalam menjalani kehidupan sebagai sultan yang pernah dilalui datuk nenek mereka yang akan menyusahkan anak cucu keturunan mereka. Atau mungkin ada rahsia lain yang belum saya ketahui lagi.
                   NASAB     PANGERAN SEBERANG LOR;
Nasab PATI UNUS atau  Raden Abdul Qadir AL YUSOF MUKROMI ialah ;
Raden Abdul Qadir bin Raden Mohamad Yunus bin Syeikh Qaliqul Idrus/Khalid Idrus bin  Syeikh Mohamad Al Alsiy bin Syeikh Abdul Muhyi Al Khairi bin Syeikh Mohamad Akbar Al Ansari bin Syeikh Abdul Wahab bin Syeikh Yusof Al Mokromi bin Imam Besar Sayyid Ali  Al Faqih Al Muqaddam bin Al Imam Sayyid Ali bin Al Imam Sayyid Muhamad bin Al Imam Sayyid Muhamad Sahid Mirbat/Maabat bin Al Imam Sayyid Ali Kholal Ghossam bin Al Imam Sayyid Alwi bin Al Imam Sayyid Mohamad bin Al Imam Sayyid Alwi bin Al Imam Ubaidillah Abdullah bin Al Imam Sayyid Ahmad Al Muhanjir bin Al Imam Sayyid Mohamad  Isa Al Syakaran bin Al Imam Sayyid Mohamad Nasir  bin Al Imam Sayyid Ali Yusof bin Al Imam Sayyid Jaafar As Siddiq bin Al Imam Sayyid Mohamad Al Bashir bin Al Imam Sayyid Ali Zainal Abidin bin AL SYAHID AL IMAM AL SAYYID HUSIN bin AL IMAM KHALIFAH AR RASHIDEEN SAYYIDINA ALI KAW + SAYYIDATINA SITI FATIMAH AZZAHRA binti RASULULLAH SAW,
  Dan SEMUA  Keturunan PATI UNUS DI KENALI  DENGAN NAMA
QABILAH  AL SYEIKH MOHAMAD YUSOF AL MUKRAWI atau
YUSOF MUKRAWI sahaja....
.Dan ini bertulis di dalam KITAB ASYRAAF DI TANAH PERSIA
karangan Sayyid Baharudeen Ba'alawi
pada tarikh 09 Sep 1979.


                                               

5 ulasan:

  1. Terimakasih atas informasinya, sangat bermanfaat. Saya keturunan Pangeran Diponegoro bin Sultan Hamengkubuwono III, II, I etc sampai ke Raja Majaphit. Saya sedang membuat Silsilah Keluarga tentang keturunan Raja Majapahit, Kesultanan Demak, Kesultanan Pajang, Kesultanan Mataram, Kesultanan Surakarta, Kesultanan Yogyakarta dan Kerajaan Pajajaran (Pakuan/Bogor). Silsilah saudara saya tambahkan : http://id.rodovid.org/wk/Orang:391266

    BalasPadam
  2. Salam.. Blh saya tahu x tentang siti zubaidah secara terperinci dan.. Blh saya tahu x... Jika beliau telah meningggal dunia.. Qarinnnya akan ada.. Amalannya semasa hidup.. Kenapa dia mencari keturunannya? Apa motif dia??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adakah qarin siti zubaidah jin?
      Maaf tanya.. Harap ada mereka yg cerdik pandai serta arif dpt menjawab pertanyaan ini

      Padam
    2. Adakah qarin siti zubaidah jin?
      Maaf tanya.. Harap ada mereka yg cerdik pandai serta arif dpt menjawab pertanyaan ini

      Padam
  3. Salam.. Blh saya tahu x tentang siti zubaidah secara terperinci dan.. Blh saya tahu x... Jika beliau telah meningggal dunia.. Qarinnnya akan ada.. Amalannya semasa hidup.. Kenapa dia mencari keturunannya? Apa motif dia??

    BalasPadam